Saturday, February 12, 2011

Lame x menconteng kat sini....

Dengar tajuk pon da tau da kan... hahahahaha.. memang lame giler r aku x update blog ni. bukan aku malas tau tp aku busy sgt la der. x sempat nak update2 mende2 ni.... Ari ni cuti tp aku x kuar pom. Ingat nak pergi tgk wayang tp da pokai la plak + x de citer besh kat sinema skang ni. Hohohoho....

Bukan ape, ari tu time ak balik dari kelantan aku singgahla kat Bentong, Masjid Bentong nak smayang asar n zohor... cedeynyer nak citer.. hukhukhuk... Waktu aku masuk toilet kat masjid tu... x tau la macamana wallet ak tu kene ambik ngan orang... Yang peliknyer naper la org tu x bgtau aku dia nak ambik wallet aku... Lau dia bagitau kan senang sket nak debik sampai lobam bijik mate.. haaha...

X pasal2 dari kol 6.30 nak gerak ke KL jadik tertunda ke kol 9.30 then kna berada kat karak sampai kol2 pgi... jem punya pasal... Lotey2... Tp aku redha.. insyaALLAH... Semoga orang tu bertaubat dan kembali ke jalan yang benar....

Thursday, December 30, 2010

31 Dec 2010 --> 1 Jan 2011

Bertuah sungguh Malaysia apabila Skuad Bola Sepak menghadiahkan Piala AFF Suzuki dan begitu bertuah menjadi rakyat Malaysia apabila diisytiharkan cuti peristiwa pada 31 Dec 2010. Tahniah sekali lagi buat Skuad Bola Sepak Negara. Sedar x sedar esok da masuk tahun 2011. Bila masuk jer tahun baru mesti pakat dok cite pasal azam tahun baru. Azam taun sudah pon masih belum dilaksanakan inikan pula azam tahun baru. Azam aku sebenarnya nak bukak perniagaan tapi sampai skarang masih blurr x tau nak meniaga apa... hahahahaha... Jgn dok wat gila meniaga diri sendiri sudahlah.... hahahahaha...

Orang lain mesti dok sedap tido lagi ni, maklumla sebb cuti tapi ak pagi2 da masuk keje. Ayoyoyoyoyo... naseb la boss bagi replacement leave on monday. Thanks Mr. Kumar... Hehehehe... Kalo sir nak tau, sebenarnya saya da nak lari dari bekerja hari ni. Tp tup2 email ngan sms sampai, tp saya gagahi jugak kerja tau... Appraisal ni pandai2 la yer tambah gaji... hikhikhik....

Korang nak tau x, sebenarnya aku tgh excited ni sbb esok ade gathering kat PD. PD tu Port Dickson la. Stay kat Ilham Resort.... kawasan teluk gitu.. Memang best r tpt ni... Nnt ak bagi korang tgk gambarnye ek... jgn jelessss... hahahaha.

Tuesday, December 28, 2010

1/2 Sehari Bersama GTower.....

Assalamualaikum....

Hari ni aku sampai kat GTower kol 7 lebih sikit2.. hehehe... Yang lebih x bley bgtau nnt boss detect.. hahahahaha...Aku send jer UPS Load kol 7.30 then ak siapkan Sheau Pay ( Credit Manager ) nyer PC ngan pasang cover cpu tu then terus hantar. Tengok jam baru pukul 8 pg... Hurrmmmmm... nak g sarapan la kejap konon2nyer... Call semua orang tp semua belum sampai.. Aper da.. masuk ofis pon lewat ker.. hehehe

Nak pegi Tabung Haji ker x ni... Hurrmmmm ... malasnyer nak jalan g Tabung Haji... hahaha macam la jauh sangat,.. bangunan tepi sebelah jer... Ak pon pegi la Sister's Kitchen... Pada membe2 aku yang x tau.. ni dia ak 'tepek' kat cini dia nyer logo siap kan kari kepala ikan lagik....

Website dia:  http://www.sisterscrispypopiah.com.my/sister.php

Ha tu dia... aku bagi besar punyer... Nak no dia ker.. ermmm x ingat la... x pon korang call jer GTower tu 0321681919 then tanya no fon sister's ni.. mesti dorang tau... nak kata mahal x la mahal sangat kira ok la... huhuhuhuhu... Aku pon order satu popiah n teh tarik... Harga dia RM 4.50 sahaja tp harga ni sampai 31 Dec 2010 jer... Nnti dia blik harga asal RM 5.50... Huhuhuhu... Kalo nak mkn bawak ak.. insyaALLAH dapat diskaun sket2... hihihihi

Sunday, December 26, 2010

Selamat Pagi

Assalamualaikum....

Hari ini rasa sangat segar even mata ni rase ngantok lg... huhuhuhu.... Biasa mmg  liat nak bgn pagi tp bila tgk semangat Malaysia Berkobar-kobar menentang Indonesia malam tadi, tetiba jer semangat nak bekerja tu datang.. ehehehhehe... Malaysia akan melalui pusingan kedua perlawanan Piala AFF Suzuki dengan tenang pada 29 December nanti. Apa2 pon tahniah dan chaiyok2 utk Malaysia atau Harimau Malaya.. hehehe....


Berbalik kepada pagi yang hening ini, alangkah indahnya jika ketika ini kita mendengar ayat2 suci al-quran, pasti akan menusuk kalbu tetapi ak lebih selesa mendengar radio era.fm... Ya ALLAH.... bukakanlah pintu hati hambamu ini.... Pagi2 begini teringat plak kisah2 silam semua skali la termasuk itam, putih coklat or kelabu... huhuhu... cinta monyet,cinta katak n macam2 cinta lagik la.. hahahaha.. Apa yang penting sekarang hidup mesti di teruskan walau apa pun yang terjadi kerana kita x tau apa yang akan terjadi pada masa hadapan.... Orang selalu pesan pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku n bagi aku biarlah ALLAH mengatur apa yang terbaik bagi aku kerana aku tahu bahawa ALLAH adalah sebaik2 perancang.....

Tadi ak ada nampak satu kete warna merah mase nak parking kete ak n ak kenal benar kete itu.. hehehehe tapi ape2 pon biaulah mengikut ketentuanNYA.. Orang kata JODOH,PERTEMUAN,AJAL,MAUT semuanya di tangan ALLAH.... Memang lah semuanya di tangan ALLAH tapi DIA jugak berpesan kepada kita untuk mengubah nasib dan memilih cara hidup kita sendiri dan bertawakkal kepadanya... MAnala tulang rusuk ak yang satu ni.. hahahaha...

Ok la yer..... nak kene sambung wat keje ler... nak format PC, kang mengamuk tuan dia da seminggu pc dia kat sini... hahahaha...By da way.. Agi Idup Agi Ngelaban ya...

Saturday, December 25, 2010

Bruno Mars - All She Knows


All She Knows by Bruno Mars

Once again you're home alone
Tears running from your eyes
And I'm on the outside
Knowing that you're all I want
But I can't do anything
I'm so helpless baby

Everyday same old things
So used to feeling pain
Never had real love before
And it ain't her fault

She knows better but
She can't help it
Wanna tell her
But wouldn't that be selfish
How do you heal
A heart that can't feel, its broken
His love is all she knows,all she knows,all she knows
His love is all she knows, all she knows, all she knows

You've been living this way so long
You don't know the difference
And its killing me
Cause you can have so much more
I'm the one your looking for
Butj you close your eyes on me
So you still can't see
Everyday same old things 
So used to feeling pain

Sekadar Renungan Bersama

Assalamualaikum,

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” 

 REZEKI.... Inilah yang kita dambakan sehari2 tanpa kita sedar bahawa rezeki itu ALLAH telah kurniakan kepada kita walaupun kita tidak memrlukannya. Ingatlah ketika ALLAH memberikan rezeki kepada kita apabila kita berada di dalam perut lagi dan ingatlah ALLAH memberi rezeki kepada kita sebelum kita memintanya. Persoalannya, pernahkah kita bersyukur kepada ALAH atas nikmat dan rezeki yang di berikan kepada kita. 


Rata2, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus merana dek sifat tamak dan haloba sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi, menggunakan wang pejabat dan menagguhkan gaji para pekerja. Inilah hakikat yang kita sering lalui hari demi hari. Sampai bila keadaan ini harus berlaku dan sampai bila kita ingin menindas sesama makhluk ALLAH.


Dimana sifat qanaah dan redha dengan apa yang kita dapat. Memang benar Nabi S.A.W pernah menyuruh kita bekerja seperti kita ingin hidup 1000 tahun lagi dan beribadat seperti kita akan mati keesokan harinya. Namun carilah rezeki yang halal dengan tidak menindas golongan yang lemah dan miskin.



Ingatlah bahawa rezeki itu adalah daripada dan ketentuan ALLAH. Tambahlah keberkatan rezeki itu dengan bersifat pemurah dan bersedekah kepada orang yang memerlukan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu adalah lebih baik daripada tangan yang menerima. Ucapkanlah ALHAMDULILLAH apabila kita mendapat rezeki daripada ALLAH walaupun hanya sesuap nasi. Bersyukurlah dan janganlah mengeluh dengan ujian yang telah ditentukan oleh ALLAH. Mungkin terdapat hikmah di sebalik semua itu.


Oleh itu bersyukurlah dan bersyukurlah.... Semoga ALLAH menambahkan rezeki yang diberikan kepada kita semua . Amiin..