Saturday, December 25, 2010

Sekadar Renungan Bersama

Assalamualaikum,

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” 

 REZEKI.... Inilah yang kita dambakan sehari2 tanpa kita sedar bahawa rezeki itu ALLAH telah kurniakan kepada kita walaupun kita tidak memrlukannya. Ingatlah ketika ALLAH memberikan rezeki kepada kita apabila kita berada di dalam perut lagi dan ingatlah ALLAH memberi rezeki kepada kita sebelum kita memintanya. Persoalannya, pernahkah kita bersyukur kepada ALAH atas nikmat dan rezeki yang di berikan kepada kita. 


Rata2, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus merana dek sifat tamak dan haloba sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi, menggunakan wang pejabat dan menagguhkan gaji para pekerja. Inilah hakikat yang kita sering lalui hari demi hari. Sampai bila keadaan ini harus berlaku dan sampai bila kita ingin menindas sesama makhluk ALLAH.


Dimana sifat qanaah dan redha dengan apa yang kita dapat. Memang benar Nabi S.A.W pernah menyuruh kita bekerja seperti kita ingin hidup 1000 tahun lagi dan beribadat seperti kita akan mati keesokan harinya. Namun carilah rezeki yang halal dengan tidak menindas golongan yang lemah dan miskin.



Ingatlah bahawa rezeki itu adalah daripada dan ketentuan ALLAH. Tambahlah keberkatan rezeki itu dengan bersifat pemurah dan bersedekah kepada orang yang memerlukan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu adalah lebih baik daripada tangan yang menerima. Ucapkanlah ALHAMDULILLAH apabila kita mendapat rezeki daripada ALLAH walaupun hanya sesuap nasi. Bersyukurlah dan janganlah mengeluh dengan ujian yang telah ditentukan oleh ALLAH. Mungkin terdapat hikmah di sebalik semua itu.


Oleh itu bersyukurlah dan bersyukurlah.... Semoga ALLAH menambahkan rezeki yang diberikan kepada kita semua . Amiin..

No comments:

Post a Comment